topbella

Tuesday, January 8, 2008

BILA TUHAN BERBICARA

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, I am able to publish my second blog, after the release of my 1st blog www.misstudge.blogdrive.com..


Mesti ramai tertanya-tanya kenapa saya memerlukan blog lain. Saya ada alas an tersendiri untuk itu, seperti akaun blogdrive yang mempunyai limited space untuk upload image, selain itu susah untuk letak archiving dan senarai post terkini di layout sebelah kiri.

Saya harap dengan kewujudan www.misstudge.blogspot.com, lebih ramai individu yang mendapat manfaat daripada isi-isi yang terkandung di sini.


Bila Tuhan Berbicara...


Idea ini diasaskan ketika saya membaca buku novel drama karangan Faisal Tehrani (http://tehranifaisal.blogspot.com ), yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara . Oleh itu, saya ingin post pertama di blog ini berkisar mengenai ulasan saya terhadap buku tersebut, sebagai tribute.

novel bila tuhan berbicara


Pertama sekali, buku setebal 374 muka surat ini berformat dialog atau drama. Ianya satu bahan bacaan yang menarik dan ringan, berbanding kita membaca novel yang sarat dan padat. Novel drama ini adakalanya diselangi humor-humor ringan yang saya kira amat penting untuk mewujudkan suasana ceria dan less stress for the audience.


Seperti juga hasrat penulis, saya juga amat menyokong dan mengalu-alukan sekiranya ada pihak produksi Malaysia yang sanggup mementaskan atau memfilemkan karya ini sebagai satu drama/filem evolusi berpaksikan sastera Islamiyyah, which is very rare to be found nowadays.


Ringkasnya, novel ini menceritakan mengenai 3 orang pemuda yang berlainan watak iaitu Sahlan (vulkanologis), Mazlan (Doktor) dan Razlan (ustaz, terrorist) . Mereka terperangkap di dalam sebuah bunker akibat letusan gunung berapi. Mereka kemudiannya tertidur selama beribu tahun dan apabila terjaga, zaman telah berubah dan mereka berada di bawah pemerintahan Paduka Ratu dalam Dunia Baru. Misi mereka adalah untuk mengubat penyakit kusta yang merebak dengan serius di kalangan penduduk Dunia Baru, serta satu lagi misi penting iaitu untuk berdakwah dan memperkenalkan syiar Islam kepada penduduk Dunia Baru yang masih tercari-cari apakah anutan/agama yang terbaik dan sesuai untuk mereka.



In my opinion, terlalu banyak pengajaran dan ilmu-ilmu yang saya dapat melalui pembacaan novel ini. Antaranya ialah :


  • Dalil atau hujah menggunakan nas Quran dan hadis Sahih untuk menjawab atau menerangkan sesuai perbuatan. Contohnya pada muka surat 48:

Mengenai malapetaka dalam Islam Surah Al Anfal ayat 25 yang berbunyi

25. dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

  • Hadis yang menguatkan ayat ini ialah :


Zainab binti Jahsy pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

Wahai Rasulullah SAW apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di antara kami orang-orang yang masih berbuat baik? Rasulullah SAW menjawab : Ya, apabila telah melata kejahatan.

Dalam Islam ada 3 malapetaka dan bencana.

Pertamanya bencana semulajadi seperti putting beliung gempa bumi dan letupan gunung berapi yang di luar kemampuan kita manusia sama sekali untuk menghentikannya.

Kedua, malapetaka akibat rakusnya manusia dan gelojohnya pemimpin yang menggondolkan hutan, menorah gunung-ganang sehingga terjadi banjir, tanah runtuh dan bermacam-macam kejadian petaka lain

Ketiga, malapetaka yang memang diberi Allah kerana manusia sudah terlalu liar dan zalim. Bala ketika zaman Nabi Luth dan Nabi Nuh sebagai contoh yang selalu disebutkan orang.

  • Meningkatkan pengetahuan kita mengenai mekanisme letusan gunung berapi, sejarah, akibat, tanda-tanda dan sebagainya, melalui watak Sahlan yang merupakan seorang vulkanologis. Contohnya dalam muka surat 36,66 dan banyak lagi.

  • Menambah ilmu dalam bidang perubatan tradisional yakni cara-cara mengubat kusta, seperti menggunakan serbuk inai dan sebagainya. Sila rujuk mukasurat 301.

Ciri-ciri produksi Sastera Islam (rujukan Buku: Bila Tuhan Berbicara oleh Faisal Tehrani):

  • Pengarah dan Krew-krew harulah menghormati waktu solat. Kerja-kerja penggambaran dihentikan sebentar untuk memberi ruang kepada anggota kerja untuk menunaikan kewajipan fardu ini.
  • Para krew dan pelakon haruslah memakai pakaian yang menutup aurat. Pelakon yang memegang watak isteri solehah seharusnya menggambarkan ciri-ciri tersebut di luar lokasi, bukannya mengambil pelakon yang memang terkenal dengan bergaya seksi dan penuh kontroversi, kerana ini amat menyalahi prinsip dan etika dan menyerupai hipokrasi. Ini adalah kelemahan utama yang sering kita nampak pada filem-filem kita, cakap tak serupa bikin.
  • Betulkan niat berlakon untuk berdakwah, dan bukan berlakon semata-mata mengharapkan royalty dan keuntungan daripada hasil jualan tiket dan cd. Misi utama ialah mengubah cara fikir dan hidup penonton kita. Jadikan filem kita sesuatu yang berkesan dan melekat di hati mereka, sehingga berjaya untuk mengadaptasi nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.
  • Elakkan pergaulan bebas dan percampuran antara pelakon lelaki dan wanita.
  • Mengolah jalan cerita dan skrip supaya tidak membosankan, tetapi pada masa yang sama mengandungi mesej-mesej Islamik.Be creative, insya Allah lebih ramai remaja kita yang kembali kepada Quran dan Sunnah….bukankah itu yang paling kita harap-harapkan?

Akhir sekali, saya amat syorkan buku ini dibaca kerana ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Buku yang membuatkan kita berfikir dan berzikir sejenak, mengenai tugas kita sebenarnya ke muka bumi ini iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah, sekiranya anda masih terlupa atau tertanya-tanya apakah tujuan kita diutus.

Oh ya, buku ini berharga RM21.90 dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama berhampiran anda. Anda juga boleh beli secara online di www.ameenbooks.com.my

Happy Reading!

Judul : Bila Tuhan Berbicara
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Sdn. Bhd.
Genre : Novel Drama
Mukasurat : 374 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833991235

0 comments: